Berita Hari Ini

Kita Bersedia Untuk Perkara Yang Terburuk, Kata Hisham

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan pihaknya menjangkakan peningkatan kes Covid-19 dalam negara beberapa bulan akan datang.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia disebabkan negara seperti Korea Selatan, Jepun, Australia dan New Zealand turut menunjukkan peningkatan dari segi jumlah jangkitan.

“Kita bimbang untuk beberapa bulan akan datang. Kes akan meningkat. Sekarang ini, walaupun sebelum musim sejuk, kita melihat peningkatan kes di negara lain,” katanya dalam sidang media hari ini.

Noor Hisham berkata, disebabkan itu langkah untuk mengetatkan lagi pintu sempadan negara akan terus dilaksanakan bagi membendung penularan wabak berkenaan dalam negara memetik FMT.

“Kita juga bukannya ‘immune’, disebabkan itu perlu kuatkan sempadan, tidak mustahil juga kes berkenaan akan datang ke sini.

“Tetapi apa yang lebih penting adalah, mereka yang datang ke sini perlu mematuhi SOP ditetapkan dan undang-undang yang sudah diperkenalkan.

“Bagaimanapun, kita bersedia untuk perkara yang terburuk dan kita juga berdoa supaya semuanya berjalan dengan baik,” katanya.

Beliau percaya vaksin bukan satu-satunya cara untuk mengekang penularan Covid-19, sebaliknya bertegas pematuhan SOP seperti penjarakan fizikal dapat memutuskan rantaian wabak itu.

“Saya tidak setuju vaksin merupakan solusi terakhir, walaupun dengan vaksin, kita masih perlu mematuhi penjarakan fizikal. Lebih baik kita perangi wabak ini dari luar tubuh badan.

“Itu lebih baik, boleh lindungi diri dan keluarga. Ini sudah terbukti boleh memutuskan rantaian Covid-19,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");