Perak Hari Ini

Kita Prihatin Bukti Kerajaan Pegang Pada Janji, Tak Teralih Kearah Politik Semata- Ahmad Faizal

faizal azumu peja

IPOH: Pakej Kita Prihatin membuktikan pentadbiran Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin benar-benar berpegang kepada janji kata Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Katanya, pentadbiran Kerajaan Perak menyambut baik Kerangka Inisiatif Tambahan Prihatin atau Kita Prihatin yang diumumkan oleh Muhyiddin Yassin pada hari ini di mana ianya sentiasa prihatin terhadap kebajikan rakyat.

“Bantuan Prihatin Nasional 2.0 dengan peruntukan sebanyak RM7 bilion pastinya akan memberi nafas lega kepada 10.6 juta penerima dari golongan sasar.

“Kerajaan Negeri Perak juga amat mengalu-alukan Program Subsidi Upah 2.0 yang akan membantu meringankan beban para majikan yang terkesan untuk terus mengekalkan para pekerja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, rakyat sama sekali tidak mahu tumpuan kerajaan teralih kepada permainan dan percaturan politik pihak-pihak tertentu yang hanya merugikan negara dan rakyat.

“Jelas sekali bantuan ini dirangka setelah mengambil kira kesukaran yang dilalui oleh rakyat dan masyarakat perniagaan yang masih bergelut untuk terus kekal berdaya saing akibat impak besar pandemik Covid-19 terhadap semua sektor ekonomi.

“Dalam menempuhi tempoh yang amat mencabar ini, rakyat memerlukan kepimpinan kerajaan yang sentiasa peka dengan hitung nasib mereka demi untuk menyara keluarga dan meneruskan kehidupan,” katanya.

Tambah beliau, ini adalah masanya untuk kerajaan berganding bahu, bersatu iltizam dengan rakyat bagi menyelamatkan ekonomi negara dan memastikan kebajikan rakyat terus terbela dan bukannya menangguk di air yang keruh demi kepentingan peribadi dan kelangsungan politik sempit pihak tertentu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");