Perak Hari Ini

Mangsa Banjir Di Kuala Kangsar Mula Berkurangan Kepada 89 Orang

KUALA KANGSAR- Sebanyak tiga pusat pemindahan sementara (PPS) telah di buka di sini selepas berlakunya banjir kilat menyebabkan beberapa kawasan ditenggelami air.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, terkini jumlah mangsa yang berada di PPS mula berkurangan seramai 89 orang daripada keseluruhan mangsa pada awal pagi tadi iaitu seramai 104 orang.

Mangsa yang dipindahkan ke Asrama Risda Padang Rengas telah berkurangan kepada 21 mangsa iaitu dari lima keluarga, manakala mangsa dibawa ke Dewan Orang Ramai Kampung Stor masih kekal dengan jumlah 39 mangsa dari tujuh keluarga.

Sementara itu, mangsa di Kampung Talang Masjid meningkat daripada 26 mangsa kepada 29 orang yang terdiri daripada lima keluarga.

Menurut JBPM, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan tersebut pada jam 10.09 malam dan bergegas ke tempat kejadian.

“Paras air setinggi satu meter melibatkan beberapa buah rumah dinaiki air menyebabkan beberapa keluarga terpaksa dipindah ketempat yang selamat.

“Ketua operasi mengarahkan anggota membantu mangsa berpindah ketempat pusat pemindahan banjir sementara,” katanya.

JBPM bagaimanapun berkata, air telahpun surut dan hujan telahpun berhenti.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");