Panasnya Hari Ini

Mohamaddin Ketapi Akan Dipanggil Polis

KUALA LUMPUR: Calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Mohamaddin Ketapi akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam masa terdekat berhubung kenyataannya mendakwa insiden pencerobohan di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada 2013 adalah sandiwara.

Menurut laporan Harian Metro, Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya sudah menerima 35 laporan polis di seluruh negara berhubung isu berkenaan.

Menurutnya, daripada jumlah itu 28 laporan dibuat di Sabah manakala tujuh lagi dibuat di Semenanjung.

“Kita akan panggil beliau ( Mohamaddin) dan beberapa individu yang terlibat untuk merakamkan keterangan bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988,” katanya sebagaimana dilaporkan.

Semalam, media melaporkan calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Mohamaddin Ketapi memohon maaf kepada seluruh anggota keselamatan ekoran video tular mempersendakan pasukan keselamatan.

Mohamaddin dilaporkan berkata, kenyataan yang diucapkan dalam video klip terbabit menimbulkan salah faham.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");