Berita Hari Ini

Penggodam Malaysia pemilik syarikat permainan video di Perak, kata laporan

DUA rakyat Malaysia yang didakwa oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) atas penglibatan dalam aktiviti penggodaman antarabangsa adalah pemilik kedai permainan video dalam talian yang beroperasi di Perak, lapor The Star.

Portal itu melaporkan kedua-dua suspek dikenal pasti sebagai Wong Ong Hua, 46, dan Ling Yang Ching, 32, dari syarikat SEA Gamer Mall Sdn Bhd, yang beribu pejabat di Sitiawan.

Laporan memetik Ketua Pegawai Operasi syarikat terbabit, Tommy Chieng berkata,” Apa yang boleh saya katakan kami sedang meneliti kertas pendakwaan.”

“Peguam kami sedang mengusahakannya,” katanya.

Wong dan Ling bersama lima warga China didakwa mencuri identiti  identiti serta teknologi permainan, menuntut wang tebusan dan melakukan tukaran wang kripto menggunakan komputer.

Reuters juga melaporkan dua rakyat Malaysia itu bersubahat dengan penggodam China “mengaut keuntungan daripada pencerobohan komputer” dengan mensasarkan syarikat permainan video di AS, Jerman, Hong Kong, Jepun, Korea Selatan, Taiwan, dan lokasi lain.

Lebih daripada 100 syarikat di seluruh dunia menjadi sasaran mereka, termasuk firma pembangunan perisian, pengeluar komputer, penyedia telekomunikasi, syarikat media sosial, firma permainan dan institusi pengajian tinggi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");