Perak Hari Ini

PUTRA Bongkar Ada Tanah Rizab Melayu Dipindah Milik Kepada Bukan Melayu

IPOH- Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) telah membuat satu laporan polis berhubung terdapat 20 lot tanah di Mukim Setiawan, Manjung yang berstatus Tanah Rizab Melayu namun dimiliki oleh pemilik bukan Melayu.

Naib Presidennya, Datuk Hamidah Osman berkata, tanah rizab Melayu hanya boleh dijual kepada orang Melayu dan tidak boleh dijual kepada kaum lain kerana ada kepentingan tertentu yang termaktub dalam perlembagaan.

Katanya, sebanyak 20 lot tanah dengan keluasan kira-kira 100 ekar itu telah dipindah milik pada tahun 2012 dan Putra percaya telah berlakunya penyalahgunaan kuasa, fraud oleh pihak Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak dan pihak-pihak tertentu.

“Kita musykil bagaimana lot tanah ini boleh dipindah milikan kepada orang bukan Melayu yang mana hak miliknya dikeluarkan dan kita dapati ianya mengikut urutan yang mana terdapat di sini tertulis Pemilikan Rizab Tanah Melayu tetapi nama pemiliknya bukan melayu.

“Ini merupakan satu kesalah kerana tanah rizab Melayu tidak boleh dimiliki oleh orang bukan Melayu dan kami yakin ini adalah salah laku yang telah berlaku di PTG kerana bagaimana urusan memindah milik itu boleh diluluskan walhal termaktub dalam perlembagaan dan enakmen rizab Melayu bahawa tanah ini tidak boleh dipindahkan milik,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, hari ini.

Jelas beliau, laporan dibuat supaya pihak polis melakukan siasatan ke atas keseluruhan 317 hak milik tanah tersebut dan menyiasat salah laku, salah guna kuasa dan fraud terhadap pihak yang terlibat dalam pemberian Tanah Rizab Melayu kerana ini adalah satu kesalahan dalam Kanun Akta Tanah Negara

Menurut beliau, mengikut perkara 89(4) Perlembagaan Persekutuan, tanah-tanah rizab Melayu yang direvok (dibatal hak milik) iaitu yang melalui satu proses hanya boleh direvok jika ianya diganti dengan tanah lain secara serta-merta tetapi sekiranya penggantian itu tidak dibuat, proses revok adalah tidak sah.

“Kita ambil kesempatan ini, untuk bertanya kepada kerajaan negeri, 21,000 ekar ini dimanakah penggantiannya dibuat jika tidak dibuat, maka proses revokasi itu tidak sah.

“Mengikut enakmen, mana-mana tanah di revok berstatus Tanah Rizab Melayu perlu diganti dengan keluasan yang sama dalam negeri itu dengan serta merta. Tanpa gantian serta merta pembatalan itu adalah tidak sah (rujuk perkara 89(4) perlembagaan persekutuan).

“Memandangkan perkara ini telah menjadi kepentingan awam saya mohon jawnapan segera daripada kerajaan negeri mengenai status tanah yang di revok dan tempat gantiannya,” katanya.

Ujar beliau lagi, pihaknya juga akan membawa kes ini ke Mahkmah Tinggi supaya mahkamah mengisytihatkan proses pemindahan milik tanah ini tidak sah dan tanah-tanah ini perlu dikembalikan kepada status rizab Melayu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");