Panasnya Hari Ini

Rakyat Sabah Pilih Pengukuhan Kerjasama Antara Persekutuan Dan Negeri – Azmin

KUALA LUMPUR: Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 2020 menyaksikan kematangan rakyat negeri itu menjunjung semangat federalisme, demi kemakmuran negeri dan kesejahteraan rakyat.

BH Online melaporkan Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata mandat diberikan rakyat Sabah jelas membuktikan rakyat memilih Kerajaan Negeri prihatin, inklusif dan menjamin kedaulatan negeri serta keselamatan rakyatnya.

“Keputusan ini juga membuktikan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dan muafakat serta kerjasama dalam PN dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Dengan penuh rasa tawaduk, PN akan menggalas mandat ini dengan tekad dan iltizam untuk menjana usaha pembangunan serta mencerdaskan ekonomi pasca pandemik COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ahli Parlimen Gombak yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi, berkata selaras dengan Wawasan Kemakmuran Bersama, negeri dan rakyat Sabah akan menikmati pembangunan yang inklusif, saksama dan berkualiti.

“Kemenangan ini pastinya akan menyemarakkan lagi kerjasama yang lebih utuh dalam PN untuk menggembeleng dukungan rakyat di seluruh negara sekali gus membangun sebuah negara bangsa yang bermaruah dan bersatu padu,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");