Membawang Hari Ini
Like

Suami Nadia Brian Beri Bayangan Hubungan Dikhianati

September 27, 2020
412 Views
0 Comments
1 minute read
Suami Nadia Brian Beri Bayangan Hubungan Dikhianati

KUALA LUMPUR – Suami kepada pelakon Nadia Brian, Muizz Nasruddin memberi bayangan seolah-oleh  mengesahkan spekulasi umum tentang pergolakan dalam rumah tangganya yang sedang retak menanti belah.

Menerusi hantaran dalam Instagramnya dua hari lalu, lelaki itu memuat naik sekeping gambarnya dari arah belakang  berwarna hitam putih dengan kapsyen menyentuh hati. 

Antara lain, kapsyen ditulis Muizz menyatakan kekecewaannya kerana tidak dihargai selain dikhianati oleh orang tersayang. 

MUIZ dan Nadia Brian.

“Menerima kenyataan. Jujur, saya telah menyerahkan segala jiwa dan raga untuk memberikan yang terbaik untuk awak. Tetapi ternyata semuanya tidak pernah cukup.

“Tiada yang lebih menyakitkan berbanding dikhianati, dikecewakan dan dihina oleh orang yang disangka tidak akan menyakiti kita,” tulisnya. 

Pada masa sama, lelaki yang juga ahli perniagaan itu berkata, dia percaya Tuhan mempunyai perancangan lebih baik untuknya pada masa depan. 

“Terima kasih keluarga dan sahabat untuk sokongan moral, kalian tahu siapa anda. Saya percaya Allah mempunyai perancangan lebih baik.

“Kebenaran akan terbukti, Insya-Allah,” katanya lagi.

Terdahulu Nadia sebelum ini mengakui rumah tangga yang dibina bersama suaminya pada 9 November tahun lalu sedang menghadapi masalah, namun enggan memberi komen lanjut kerana bimbang akan mengeruhkan keadaan. 

Spekulasi keretakan rumah tangga mereka timbul selepas Nadia sering berkongsi hantaran menerusi Insta Story yang memberi bayangan dirinya berstatus solo. – K! ONLINE

Komen & Pendapat

Comments are closed.