Perak Hari Ini

Tasik Cermin ‘Hidden Gems’ Ipoh Kini Jadi Tumpuan Pelancong Luar

IPOH- Menelusuri perjalan hampir 600 kilometer berjalan kaki, pengunjung akan dapat menikmati pemandangan sebuah tasik dengan pantulan dua buah bukit di sebelah kiri dan kanan tasik.

Tasik Cermin kawasan yang mana suatu ketika dahulu merupakan ‘permata tersembunyi’ Ipoh tetapi kini menjadi destinasi wajib untuk mereka yang gemar bergambar malah kini ia menjadi tarikan pelancong yang tinggal di luar negeri Perak.

Menariknya, perjalanan untuk ke kawasan tasik sudah dibaik pulih bagi memudahkan perjalanan pengunjung berbanding suatu ketika dahulu yang mana jalannya tidak rata dan berlubang-lubang.

Perak Today ke lokasi mendapati pengunjung yang datang juga tidak putus walaupun pada hari berkerja ditambah pula tidak begitu sesak berbanding pada hari minggu yang mana pengunjung terpaksa berbaris untuk mendapatkan momen terindah di sana.

Menurut dua orang pengunjung yang datang dari Seremban, Najeeba Azizan dan Anis Dzulkapli yang memilih Ipoh sebagai lokasi untuk bercuti berkata mereka mengunjungi Tasik Cermin kerana destinasi berkenaan dicadangkan oleh rakan mereka.

“Kami tahu maklumat tentang Tasik Cermin dari kawan-kawan yang pernah datang ke sini dan ia juga dicadangkan di mana kawasan ini merupakan salah satu tempat terbaik untuk dilawati jika datang ke Ipoh.

“Maklumat tentang Tasik Cermin ini juga kami tahun disebabkan pernah viral satu video seorang budak lelaki menyanyi di sini sehingga suaranya terpantul,” katanya kepada pemberita Perak Today hari ini.

Menurut Najeeba dan Anis, kawasan Tasik Cermin merupakan satu kawasan yang sangat cantik dan sesuai untuk mereka yang suka bergambar namun, sebagai pandangan peribadi mereka mengharapkan agar ianya ditambahbaik.

“Jika datang ke sini kita boleh lihat kawasan ini sangat cantik tetapi bagi saya ianya agak berbahaya kerana apabila melalui kawasan gua ianya agak gelap dan kalau boleh beri pandangan, mungkin boleh letak lampu.

“Kawasan ni cantik seperti kawasan semula jadi, ianya masih terpelihara dan kita tak sangka di kawasan tengah-tengah bandar apabila kita berjalan akan jumpa satu tasik yang sangat luar biasa tetapi dari segi keselamatan takut sikit macam di sana nak pijak kawasan tu macam lembik.

“Mungkin juga boleh letak anak panah sebab ramai yang mungkin tak tahu laluan ke sini dan bagi kawasan tasik sendiri tak ada papan maklumat sebab kita nak tahu sangat pasal kawasan ni mungkin perlu tambah pada masa akan datang,” katanya.

Namun begitu ujar mereka, susah tentu destinasi tersebut akan dicadangkan kepada sahabat yang lain untuk dilawati pada masa akan datang.

Sementara itu, kata dua orang pengunjung dari Ipoh sendiri, Mohammad Izzat Mohammad Khairi dan Nur Nadirah Tajuddin berkata, mereka memilih Tasik Cermin kerana kawasan tersebut sangat unik namun ianya juga boleh ditambah baik.

“Air di sini macam cermin dan kawasan lanskapnya apabila kita mengambil gambar ianya akan kelihatan terpantul dan menampakkan pemandangan dari belakang yang sangat cantik.

“Kawasan ini ada potensi untuk dimajukan oleh pihak berwajib kerana tiada penjagaan yang rapi namun kini sudah mula dimajukan tetapi masih digalakkan untuk turap tar hingga ke kawasan gua supaya dapat memudahkan pengunjung yang lebih tua,” katanya.

Sorang lagi pengunjung yang datang dari Johor, Robert Lee berkata, beliau sebenarnya tidak mengetahui keberadaan Tasik Cermin tetapi kawannya yang menjadi pemandu arah supaya beliau datang ke sini.

“Saya tak tahu tempat ini tetapi kawan saya dari Ipoh yang beri tahu dan bawa ke sini, tempat ini baik, saya datang dan ambil gambar di sekitar sini bersama ibu saya,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");