Perak Hari Ini

Ulang Pendirian Projek Tidak Ganggu Struktur Asal Padang Ipoh

IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mengulangi kenyataan kerajaan negeri bahawa kerja-kerja menaiktaraf Padang Ipoh tidak akan mengganggu struktur warisan yang ada di situ.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin@Md Daud berkata projek Light and Sound atau Cahaya dan Bunyi yang dibangunkan bersama Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) akan memberi nilai tambah kepada bandar raya ini dalam usaha menarik kedatangan pelancong.

“Apabila projek ini siap pada tahun hadapan, ianya akan menjadikan Ipoh sebagai bandar pertama yang mempunyai tarikan melalui projection mapping atau pemetaan cahaya.

“Jika di Putrajaya diadakan setahun sekali tetapi di sini akan diadakan pada setiap hujung minggu.

“Justeru tarikan terbaru ini akan menarik minat lebih ramai orang untuk datang ke Ipoh,” katanya.

Tambah beliau ia secara tidak langsung akan memberi limpahan ekonomi kepada penduduk setempat dan seterusnya akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan baharu di bandar raya ini.

Terdahulu beliau hadir ke Sesi Penerangan Projek Pembangunan Pelancongan oleh NCIA bersama lebih 10 wakil penduduk setempat di Bangunan MBI, di sini, hari ini

Turut hadir ke sesi tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pelancongan Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi serta Ahli Parlimen Ipoh Barat; M Kulasegaran.

Dalam sesi penerangan selasa sejam itu pelbagai soalan dilontarkan antaranya menyentuh soal struktur pejalan kaki dan padang yang rosak akibat projek berkenaan serta isu penyelenggaraan air pancut yang bakal dibina di Padang Ipoh.

Rumaizi menjelaskan dengan beberapa usaha ke arah bandar rendah karbon, MBI dapat melakukan penjimatan kewangan yang mana ianya mampu menyelenggara semua struktur baru dalam projek tersebut termasuk kos yang melibatkan penyelenggaraan air pancut.

“Sebanyak 51,000 tiang lampu di seluruh bandar raya ini telah di tukarkan kepada lampu diod pemancar cahaya (LED).

“Pada tahun lalu MBI dapat melakukan penjimatan elektrik sebanyak RM3 juta dan pada tahun ini kita menjangkakan ada penjimatan sebanyak RM 3.2 juta.

“Begitu juga dengan pusat perniagaan yang akan dibuka di Kinta Riverfront yang mana kita akan kenakan sewaan dengan kadar lebih rendah daripada sebelum ini. Melalui perkara-perkara ini kita boleh melabur dalam pembangunan tersebut,” jelas beliau.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");