Berita Hari Ini

Veveonah Teruja Dijemput Makan Malam Bersama PM

KUALA LUMPUR : Pelajar yang mencetuskan kontroversi kerana belajar dan menjawab peperiksaan dalam talian di atas pokok, Veveonah Mosibin hari ini memuat naik gambarnya bersama-sama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dia teruja apabila Perdana Menteri sudi menjemputnya dan juga kedua ibu bapa untuk makan malam bersama-sama di sebuah hotel di Sabah, malam tadi.

Ini berikutan Muhyiddin berada di negeri itu bagi menjayakan kempen Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16.

Veveonah turut memuatkan rasa hatinya itu menerusi laman Instagramnya, vevemacho semalam memetik Utusan Online.

“Kekal hebat.  Ini merupakan satu penghargaan kepada saya dan kedua ibu bapa kerana makan malam bersama-sama Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Beliau (Muhyiddin) merupakan seorang yang merendah diri dan merupakan seorang yang menakjubkan. Terima Kasih banyak Tan Sri,” katanya.

Isu Veveonah memanjat pokok untuk mendapatkan capaian internet menjadi tular di media sosial beberapa bulan lalu.

Malah, isu itu menjadi bertambah panas apabila Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan Veveonah memanjat pokok bukan untuk menjawab peperiksaan sebaliknya sekadar untuk mengejar populariti.

Zahidi berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan di Dewan Negara baru-baru ini.-UTUSAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");