Perak Hari Ini

Zainal Abidin Puji Ketegasan Anggota MPV Ketika Bertugas

IPOH- Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Datuk Zainal Abidin Kasim memuji ketegasan anggotanya dari Unit Kenderaan Peronda (MPV) berikutan insiden yang berlaku di sebuah pusat hiburan di Petaling Jaya awal pagi Ahad lalu.

Katanya, beliau mahu memberikan surat penghargaan kepada anggota tersebut kerana berani untuk tampil dan mengambil tindakan walaupun berhadapan dengan pegawai kanan polis.

Dalam kejadian jam 2 pagi tersebut, pegawai berkenaan dikatakan melakukan provokasi dengan cara menghina dan cuba mengugut anggota polis MPV yang sedang menjalankan tugas.

“Pasal dia melibatkan anggota bertugas saya,anggota MPV saya mahu beri surat penghargaan kepada anggota saya kerana dia tegas, cepat sampai dan kejadian yang berlaku apabila diguna oleh pegawai tersebut budak saya melaporkan.

“This is the word ketegasan yang saya nak ada pada semua anggota MPV, tanpa mengambil kira dia ni VIP, pegawai tinggi dari jabatan mana dan tambahan pula kejadian ini berlaku di buat oleh pegawai polis,” katanya dalam satu sidang media selepas menghadiri Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Perak dan Pengerusi Perkap Kontinjen Perak di Mes Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perak, di sini, hari ini.

Zailnal Abidin turut berkata, jika Polis Selangor tidak mengambil tindakan terhadap pegawai kanan yang bertugas di bawah kontinjen Selangor itu, beliau akan melaporkan perkara tersebut supaya tindakan tetap di ambil.

“Sekiranya tidak diambil oleh Selangor, saya sendiri akan buat laporan untuk diambil tindakan keatas pegawai ini,” katanya

Tambah beliau, kejadian seperti ini tidak akan melemahkan semangat anggota-anggota di bawah untuk lebih bertegas apabila adanya pucuk pimpinan yang memberikan sokongan padu kepada anggota yang bertugas.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");