Berita Hari Ini

‘Maaf, Abah Mula Guna Rotan’

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri menegaskan kerajaan akan menggembleng semula petugas barisan hadapan daripada agensi penguatkuasaan ke tempat awam bagi memastikan orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam mengekang penularan Covid-19 dalam negara.

Harian Metro melaporkan Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jika ada yang melanggar undang-undang ditetapkan kerajaan dalam memerangi pandemik ini, hukuman kompaun dan lain-lain akan dikenakan tanpa mengira pangkat dan darjat.

“Maaflah jika Abah ini mula menggunakan rotan! Marilah kita hadapi perang menentang Covid-19 secara bersama.

“Ingat, kita pernah berjaya melandaikan lengkung jangkitan Covid-19 sebelum ini. Saya yakin dan percaya kita akan dapat bersama-sama melandaikannya sekali lagi.

“Insya-Allah, kita doakan mudah-mudahan kita semua akan menang akhirnya,” katanya ketika Perutusan Khas Situasi Semasa Covid-19 yang disiarkan secara langsung di televisyen dan media sosial, hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");