Berita Hari Ini

Kerajaan Akui PRN Sabah Punca Kes COVID-19 Meningkat

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengakui kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang berlangsung baru-baru ini menjadi antara punca peningkatan kes positif baru COVID-19.

BH Online melaporkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin, berkata namun PRN Sabah tidak dapat dielakkan selepas Yang di-Pertua Negeri Sabah menerima cadangan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Ini tidak dapat dielakkan kerana kita tertakluk dengan peruntukan perlembagaan, PRN kena diadakan dalam tempoh 60 hari selepas DUN dibubarkan.

“Ini tidak boleh ditangguh. Kita sedar, SPR sudah tetapkan SOP tertentu bagi memastikan wabak tidak merebak angkara kempen PRN. Tapi malangnya ada SOP yang tidak dipatuhi, misalnya penjarakan fizikal. Ketika turun berkempen, penjarakan fizikal kurang dipatuhi.

“Walaupun hampir keseluruhan pakai pelitup muka, tapi masih duduk bersesak,” katanya pada Perutusan Khas Perdana Menteri berkenaan Situasi Covid-19 hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");