Berita Hari Ini

Azan Dan Iqamah Masih Dibenarkan Di Pulau Pinang

GEORGETOWN: Tiada isu baharu berhubung larangan penggunaan pembesar suara luar di masjid dan surau di Pulau Pinang kecuali untuk laungan azan dan iqamah.

Harian Metro melaporkan Timbalan Ketua Menteri 1 merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata, arahan berkenaan dikeluarkan sejak 2015 lalu berdasarkan pandangan Majlis Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang menggariskan penggunaan pembesar suara luar hanya untuk azan dan iqamah.

Menurutnya, bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara luar juga dilarang dalam hukum syarak kerana mengganggu orang lain.

Katanya, membaca al-Quran sebelum waktu Subuh dengan menggunakan pembesar suara luar termasuk semua program keagamaan juga dilarang, sebaliknya dibenarkan menggunakan pembesar suara dalaman.

“Apa yang tersebar di media sosial adalah fitnah dan kerja yang tidak bermoral dengan memutar belit pekeliling terbaru dari JHEAIPP (Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang) pada 15 Oktober lalu.

“Ia memberi penegasan kepada keputusan Majlis Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang bertarikh 31 Oktober 2015 lalu.

“Arahan ini memang dipatuhi semua masjid dan surau di seluruh negeri, namun berlaku pelanggaran sejak akhir-akhir ini berdasarkan aduan diterima Pejabat Mufti (Pulau Pinang),” katanya.

Zakiyuddin berkata demikian bagi mengulas tindakan Gabungan NGO Islam Pulau Pinang yang menghantar memorandum bantahan terhadap larangan itu kepada Setiausaha Sulit kepada Yang Dipertua Negeri, Mohd Abdul Rahman Ismail di Seri Mutiara, di sini, semalam.

Difahamkan, memorandum itu akan dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada 26 Oktober ini.

Katanya, pihaknya juga menafikan dakwaan Setiausaha Gabungan NGO Islam Pulau Pinang, Ahmad Yakqub Nazri menyatakan bahawa takbir raya juga dilarang di Pulau Pinang.

“Kerajaan negeri tidak mempunyai perancangan bagi mengambil tindakan atau membuat laporan polis berhubung dakwaan itu, setakat ini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");