Berita Hari Ini

SekoIah Izzuddin Shah, Sekolah Raja Perempuan Taayah ditutup

Sekolah Izzuddin Shah dan Sekolah Raja Perempuan Taayah di sini ditutup mulai semalam berikutan seorang pelajar dikesan positif koronavirus (Covid-19).

Exco Agama Islam dan Penerangan Perak, Mohd Akmal Kamarudin berkata, pelajar Sekolah Izzuddin Shah itu menginap di asrama Sekolah Raja Perempuan Taayah sebelum disahkan positif Covid-19 semalam.

Susulan itu, beliau berkata, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dan pengurusan kedua-dua sekolah terbabit mengambil tindakan segera menutup serta-merta sekolah berkenaan.

Selain itu, katanya, semua pelajar di asrama berkenaan turut dikuarantin mengikut bilik masing-masing selepas mendapat nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN).Sekolah Raja Perempuan Taayah, di sini ditutup sejak semalam apabila seorang pelajar Sekolah Izzuddin Shah yang menginap di asrama sekolah tersebut disahkan positif Covid-19.

“Pelajar sekolah yang terlibat akan menjalani ujian saringan Covid-19 pada hari esok. Kita menunggu arahan lanjut daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ibu bapa juga tidak dibenarkan untuk ke sekolah berkenaan buat masa ini.

“Bagaimanapun, keadaan ketika ini terkawal dengan segala prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi sepenuhnya. Ibu bapa dinasihatkan supaya tidak panik serta banyakkan berdoa agar segala urusan dipermudahkan,” katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Mohd Akmal berkata, segala urusan keluar masuk ke sekolah serta asrama hanya dihadkan kepada pihak tertentu mengikut keperluan semasa, manakala pihak sekolah memaklumkan perkembangan dari semasa ke semasa kepada ibu bapa menerusi saluran komunikasi sedia ada.-SinarHarian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");