Berita Hari Ini

Badan Peguam gesa ahli politik utamakan kesihatan, kebajikan rakyat

Badan Peguam Malaysia menggesa ahli politik negara ini, mematuhi peraturan undang-undang dan Perlembagaan serta menghormati titah Yang di-Pertuan Agong.

Presidennya, Salim Bashir, berkata apa yang diperlukan negara ketika ini adalah fokus kepada soal kesihatan dan kebajikan rakyat.

Tegasnya, tanpa perlu dipersoalkan, keamanan dan kestabilan perlu menjadi perkara paling utama serta mengatasi sebarang bentuk pertelingkahan di antara ahli politik daripada pelbagai parti.

“Badan Peguam menyambut baik langkah bijaksana Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, untuk melindungi kepentingan rakyat dengan tidak mengisytiharkan darurat mengikut Perkara 150(1) Perlembagaan Persekutuan.

“Badan Peguam juga sependapat dengan pandangan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu, bahawa ada undang-undang dan mekanisme semasa mempunyai kekuatan luas dan komprehensif untuk menguruskan pandemik COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Salim berkata, ketika ini sokongan mencukupi mesti diberikan kepada doktor, jururawat dan semua pihak yang terbabit dalam memerangi COVID-19 yang juga musuh tidak kelihatan itu.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");