Perak Hari Ini

Bantuan Bas Dari Ebit Lew Sepatutnya Diteruskan- Exco Perak

IPOH- Bantuan berupa bas untuk menghantar pelajar dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) oleh Pendakwah bebas, Ebit Lew sepatutnya diteruskan pada ketika itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Masyarakat Sivil Perak, Razman Zakaria berkata tindakan pantas Ustaz Ebit itu tidak perlu melalui sebarang karenah birokrasi memandangkan ianya melalui individu atau syarikat tersendiri.

Patut diteruskan kerana mereka terkesan pada waktu itu sebab itu bantuan yang kita rancang daripada kerajaan negeri memerlukan satu keputusan yang bukan boleh dibuat serta merta sebagaimana syarikat atau individu seperti Ebit Lew.

“Beliau guna duit sendiri, beliau boleh buat keputusan terus tetapi macam kita nak dapatkan bas atau duit memerlukan masa.

“Pelajar yang nak balik adalah semasa itu, jadi keperluan pada masa itu takkan nak tinggal di sana kalau takda bas tak ada duit. Jadi keputusan itu perlu disegerakanlah untuk kemudahan mereka balik,”katanya kepada media hari ini.

Menurut beliau, sebagai pendapat peribadi pihak berkenaan seharusnya membenarkan Ebit berbuat demikian memandangkan beliau telah menyewa sebanyak 20 biji bas.

“Sepatutnya kita benarkan kerana kalau untuk menguruskan 20 bas itu yang pertama pelajar yang boleh mendapat manfaat daripada 20 bas tu besar nilainya kemudian kos untuk 20 bas juga besar.

“Jadi kalau ada inisiatif daripada individu ataupun syarikat yang mengambil inisiatif ini, patut kita permudahkan lah urusan itu kerana manfaatnya kepada pelajar sebab kita nak pulang kepada orang awam yang terkesan,” katanya.

Bagaimanapun katanya, mungkin pihak kerajaan negeri boleh melihat sendiri isu yang sebenarnya sebab kerajaan negeri masih tidak tahu isu sebenar yang berbangkit.

Ujar beliau, pandangan netizen tentang kritikan terhadap UPSI tidak kurang hebatnya.

“Kita sebagai kerajaan negeri tak boleh menyebelahi mana-mana pihak sehingga kita dapat satu data yang tepat dan penyelesaian yang boleh memberi manfaat kepada semua,” katanya.

Sementara itu katanya, kerajaan negeri bersama dengan Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) dan dengan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung dan juga Majlis Perundingan Mahasiswa Perak, sedang juga cuba mengumpulkan sebanyak mungkin pelajar negeri Perak yang terkesan.

“Seluruh mahasiswa dari negeri Perak dalam keadaan semasa terdapat 70,000 dan dalam tempoh 24 jam kita mendapat maklumbalas lebih daripada 1,500 pelajar-pelajar yang terkesan dan lebih daripada 85 IPTA dan IPTS yang mendaftar dengan kita melalui PASAK.

“Kita akan bincang dengan Menteri Besar dan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) kita mencadangkan sumbangan on off sebanyak RM150 untuk setiap pelajar, itupun melibatkan implikasi kewangan hampir setengah juta,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");