Berita Hari Ini

COVID-19: Lima Kematian Direkod Hari Ini

PUTRAJAYA : Lima kematian disebabkan COVID-19 dilaporkan hari ini dan kesemuanya membabitkan kes di Sabah kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Memetik BH Online, beliau berkata, ia menjadikan kes kematian disebabkan COVID-19 di negara ini sebanyak 146 kes.

“Kematian ke-142 membabitkan kes ke-12,489 iaitu seorang lelaki berusia 55 tahun dan meninggal dunia di Hospital Lahad Datu. Beliau mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi dan dislipidemia.

“Manakala, kes kematian ke-143 membabitkan seorang wanita berusia 75 tahun mempunyai penyakit darah tinggi. Beliau disahkan meninggal dunia di Hospital Semporna.

“Bagi kematian ke-144 iaitu kes 13,705, beliau seorang lelaki berusia 57 tahun dan mempunyai penyakit kencing manis serta darah tinggi.

“Beliau meninggal dunia di Hospital Duchess of Kent, Sandakan,” katanya dalam sidang media hari ini.

Bagi kes kematian ke-145, Dr Noor Hisham berkata ia membabitkan kes ke-14,261 kes iaitu lelaki berusia 82 tahun dan meninggal di Hospital Tawau.

“Bagi kematian ke-146, beliau seorang lelaki berusia 63 tahun yang mempunyai penyakit kencing manis. Beliau dilaporkan meninggal dunia di Hospital Tawau,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");