Perak Hari Ini

Darurat Akan Ganggu Pemulihan Ekonomi, Putrajaya Diberi Amaran

PETALING JAYA: Dua pakar ekonomi memberi amaran tentang kesan buruk ke atas ekonomi Malaysia sekiranya kerajaan mengisytiharkan perintah Darurat.

Memberi komentar kepada laporan mengatakan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bersedia untuk mengumumkan “darurat separa”, Carmelo Ferlito dari Pusat Pendidikan Pasaran Malaysia dan Goh Lim Thye dari Universiti Malaya berkata, darurat dalam apa juga bentuk akan membantutkan pemulihan ekonomi.

Dipercayai Putrajaya akan mengisytiharkan darurat bagi membantu kerajaan menangani pandemik Covid-19 dan menghentikan perbalahan politik.

Ferlito berkata, langkah itu akan menjadi “reaksi melampau” yang tidak akan membantu ekonomi yang sudah sedia terkesan.

“Saya rasa ini adalah langkah yang boleh dipersoalkan memandangkan jumlah kes dan angka kematian jauh masih terlalu jauh daripada keadaan darurat,” katanya kepada FMT.

“Ini akan menjadi tekanan kuat buat demokrasi dan ekonomi. Ini akan menimbulkan ketidaktentuan politik dan mendorong pelabur lari dari negara ini. ”

Katanya, beliau bimbang tindakan itu akan menyebabkan syarikat multinasional meninggalkan negara dan selain menambah bahawa kerajaan tidak boleh membuat keputusan tanpa berunding dengan pemegang taruh lapor FMT.

“Status darurat menyamai langkah untuk tidak melibatkan pemegang taruh,” katanya.

“Situasi ini sangat berbahaya kerana proses demokrasi sudah pun menjadi isu dan ekonomi pula muram.

“Kita perlukan suasana yang tenang bagi memastikan negara keluar daripada masalah sekarang.”

Beliau berkata Malaysia boleh menggunakan dasar yang jelas dan berkesan terhadap Covid-19 tanpa perlu menggantung demokrasi.

Goh berkata darurat akan merosakkan lagi perniagaan yang kini bertahan dengan kesan perintah kawalan bersyarat.

Beliau mengingatkan langkah itu berkemungkinan menguncupkan pertumbuhan ekonomi.

Rabu lalu, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) meramalkan ekonomi Malaysia akan menyusut sebanyak 6% tahun ini, lebih buruk daripada jangkaan penguncupan pada Jun, iaitu sebanyak 3.8%.

Bimbang dengan kemungkinan darurat diisytiharkan, pelabur menyebabkan FBM KLCI turun sebanyak 4.16 mata, atau 0.3%, untuk ditutup pada 1,494.64 semalam.

Ketua pakar ekonomi Bank Islam Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, masih terlalu awal untuk meramalkan apakah indeks penanda aras akan naik semula apabila perdagangan disambung semula pada Isnin.

Mengulas mengenai penurunan KLCI, Shankaran Nambiar dari Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia berkata, ketiadaan maklumat yang mencukupi ketika ini dapat menimbulkan kebimbangan yang tidak perlu dalam pasaran.

“Ada keperluan yang mendesak untuk memperjelaskan situasi,” katanya.

“Ini adalah sesuatu yang sangat kita perlukan dengan keadaan ekonomi yang sudah tertekan ini.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");