Panasnya Hari Ini

Dulu Berkuasa Kini Terpencil Dalam GRS, Tok Mat Seru Zahid Beri Pedoman

PETALING JAYA: Presiden Zahid Hamidi didesak memberikan pedoman tentang bagaimana Umno harus berurusan dengan pesaingnya, kerana keputusan pilihan raya Sabah menunjukkan strategi dan kerjasama yang dimeterai semakin memencilkan parti itu.

Timbalan Presiden Mohamad Hasan berkata strategi dan kerjasama itu membawa Umno daripada parti yang menguasai Sabah selama 27 tahun kepada pemain politik terpencil dalam Gabungan Rakyat Sabah.

Apa yang berlaku di Sabah, tekannya, memerlukan Umno memikirkan semula pendekatannya.

“Jika Sabah dijadikan sandaran, kelangsungan, pengaruh dan keterlihatan Umno akan terus terjejas dalam jangka masa pendek dan akhirnya melemahkan Umno dalam jangka waktu panjang,” katanya dalam kenyataan.

Mohamad turut mempersoalkan pengorbanan Umno memberikan kerusi terkuatnya kepada pesaing, mengatakan ia amat menjejaskan kekuatan parti itu memetik FMT.

Beliau juga membidas keadaan di mana partinya terpaksa berhadapan calon Bebas “yang ditaja oleh pihak berkepentingan untuk melemahkan Umno”.

“Janji yang dimeterai berkaitan portfolio Kabinet pun hampir dimungkiri,” katanya.

“Kita akan dinilai dengan apa yang boleh kita tawarkan kepada Malaysia. Bukan betapa besarnya pengorbanan kita untuk parti tertentu atau kelangsungan Perikatan Nasional.”

Mohamad menyarankan Umno harus menghasilkan suatu “konsensus politik yang tegas” untuk meredakan keresahan, ketidakpuasan hati, dan rasa marah ahli terhadap cara parti itu diperlakukan pesaingnya.

“Tiba masanya presiden Umno memberikan pedoman dan halatuju jelas kepada parti dan semua ahlinya, tentang bagaimana kita harus meneruskan kerjasama kita dengan saingan politik kita,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");