Berita Hari Ini
Like

Gangguan Air: 215 Kawasan Masih Terjejas

October 21, 2020
278 Views
0 Comments
1 minute read
Gangguan Air: 215 Kawasan Masih Terjejas

SHAH ALAM: Sebanyak 215 kawasan di wilayah terjejas akibat henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang, masih dalam proses pemulihan, setakat 6 pagi. 

Menurut Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), sehingga 6 pagi juga, Hulu Langat mendahului kawasan lain dengan pemulihan 100 peratus. 

“Sehingga 6 pagi hari ini, sejumlah 1,077 atau 83 peratus kawasan sudah menerima bekalan air sepenuhnya.

“Peratusan pemulihan mengikut wilayah setakat ini adalah Petaling (94 peratus), Klang/ Shah Alam (54 peratus) Gombak (71 peratus), Kuala Lumpur (89 peratus), Kuala Langat (50 peratus) dan Kuala Selangor (99 peratus). 

“Air Selangor memaksimumkan usaha untuk memulihkan bekalan air kepada pengguna terjejas,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

Berikutan itu, Air Selangor menjangka masa pemulihan sepenuhnya bagi kesemua kawasan yang terjejas adalah 8 pagi esok. 

Air Selangor juga menyarankan kepada pengguna supaya membiarkan air pili mengalir sehingga jernih sebelum digunakan lapor HMetro. 

“Air Selangor berharap pengguna yang mendapat bekalan air akan menggunakannya secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan terjejas berjalan lancar.

“Bantuan bekalan alternatif di pili awam dan Pusat Khidmat Setempat (PKS) masih lagi disediakan untuk kemudahan pengguna terjejas,” katanya. 

Katanya, Air Selangor akan memaklumkan status pemulihan bekalan air menerusi semua medium komunikasi rasmi kami iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook dan Intagram Air Selangor dan laman sesawang www.airselangor.com.

Komen & Pendapat

Comments are closed.