Berita Hari Ini

Jangan Sampai Rakyat Bencikan Ahli Politik – Mufti Perlis

KANGAR: Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menasihati ahli politik untuk kembali mengutamakan kemaslahatan rakyat yang terkesan dengan penularan wabak COVID-19 daripada sibuk berebut kuasa.

“Tiada guna bagi ahli politik berebut untuk memegang jawatan siang dan malam sedangkan rakyat sedang terhimpit dengan kesan penularan pendemik ini (COVID-19).

“Nasihat saya kepada ahli politik, jangan sampai rakyat bencikan semua mereka kerana keadaan sudah berubah dan rakyat hari ini berfikiran lebih matang serta tidak lagi taasub kepada satu-satu parti poliltik atau pemimpin sahaja,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Beliau berkata asas dalam berpolitik adalah untuk menyelesaikan kemaslahatan rakyat, lebih-lebih lagi ketika rakyat terkesan dengan wabak COVID-19, kebangkitan isu berbentuk perebutan kuasa hanya menambah beban dan keresahan rakyat

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");