Berita Hari Ini

Polis Kedah Syor Kerajaan Negeri Halang Penanaman Ketum

ALOR SETAR – Polis Kedah mengesyorkan kepada kerajaan negeri supaya meminda undang-undang yang berkaitan penggunaan tanah, khususnya yang dapat menghalang penanaman ketum secara berleluasa di negeri ini.

Bernama melaporkan Ketua Polis Kedah Datuk Hasanuddin Hassan berkata langkah itu juga bagi membolehkan tindakan penguatkuasaan diambil terhadap individu yang menanam pokok itu dan menyalahgunakannya.

Beliau berkata ramai yang percaya bahawa ketum dapat mengubati penyakit selain menyihatkan badan, namun sebenarnya pengambilannya bukan sahaja membahayakan diri sendiri tetapi boleh mengundang bahaya kepada orang lain juga.

“Buat masa ini, undang-undang sedia ada tidak meletakkan penanaman ketum sebagai satu kesalahan. Jadi, kita boleh syorkan kepada kerajaan negeri, tetapi ia terpulang kepada pihak kerajaan negeri untuk melakukannya mengikut kesesuaian di bawah Kanun Tanah Negara,” katanya selepas program ‘Townhall Kempen Kesedaran Bahayanya Ketum’ di sini, pada Isnin

Hasanuddin berkata jenayah yang melibatkan penyalahgunaan ketum ini kelihatan tidak pernah habis dan lebih membimbangkan apabila pelajar sekolah turut terlibat dalam penggunaan daun dan air ketum.

“Berdasarkan statistik yang kita ada, tidak dinafikan ada penjawat awam dan pelajar sekolah yang terlibat dengan ketum ini. 

“Kalau tangkapan dibuat setiap hari pun, ia tetap tidak akan berakhir kerana pokok ketum boleh terus ditanam,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");