Berita Hari Ini

Jumlah Jemaah Masjid Di Pengkalan Hulu Di Hadkan

IPOH – Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) atas nasihat Majlis Keselamatan Negara menetapkan pembukaan bersyarat masjid, surau diri Jumaat dan surau di seluruh daerah Pengkalan Hulu mulai hari ini susulan peningkatan kes jangkitan COVID-19.

Pengarahnya, Datuk Mohd Yusop Husin dalam kenyataan berkata solat fardu hanya dibenarkan tidak melebihi 13 jemaah terdiri daripada imam, bilal dan siak yang bertugas serta Jawatankuasa Kariah yang berumur tidak melebihi 60 tahun dengan penjarakan satu meter antara jemaah.

“Solat Jumaat juga ditunaikan tidak melebihi 13 orang dan tidak kurang empat orang termasuk imam, khatib dan Jawatankuasa Kariah yang berumur tidak melebihi 60 tahun dengan penjarakan satu meter antara jemaah,” katanya.

Mohd Yusop berkata sebarang aktiviti pengimarahan, kelas pengajian dan kemasyarakatan turut tidak dibenarkan sehingga diberitahu kelak.

Surau-surau yang telah diberi kebenaran sementara untuk mendirikan solat Jumaat juga tidak dibenarkan iaitu Surau Pasukan Gerakan Am Batalion 18, Surau Maktab Rendah Sains Mara Pengkalan Hulu dan Surau Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Saban.

Semua pihak terutamanya ahli kariah masjid, surau diri Jumaat dan surau di daerah itu diminta mematuhi prosedur operasi standard yang diberi bagi mencegah penularan wabak COVID-19.

Semalam, Perak mencatatkan satu kluster baharu iaitu Bah Pengkalan melibatkan daerah Hulu Perak membabitkan enam kes positif COVID-19. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");