Panasnya Hari Ini

Kepimpinan MN Komited Laksana 10 Dasar

KUALA LUMPUR: Kepimpinan Muafakat Nasional (MN) akan terus berpegang dan melaksanakan 10 dasar yang diputuskan sebelum ini walaupun kadang kala berdepan pelbagai kesukaran, kata setiausaha agungnya Tan Sri Annuar Musa.

Beliau yang juga Setiausaha Agung BN berkata, antara 10 dasar itu termasuk penolakan terhadap DAP, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Gabungan itu juga katanya, sebulat suara menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) memetik BHarian.

“Sebagai Setiausaha Agung MN dan juga Barisan Nasional (BN), tugas saya adalah melaksanakan dasar parti dan arahan pucuk pimpinan.

“Setakat ini parti memutuskan 10 dasar. Antara lain ialah penyertaan BN dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah secara bersama-sama (en bloc) dan MN menjemput BERSATU menyertai MN yang mana ia dipersetujui parti itu,” katanya dalam satu hantaran di Facebook malam ini.

Annuar berkata, gabungan itu juga menetapkan bahawa semua parti di bawah MN iaitu BN, BERSATU dan PAS perlu saling bermuafakat, sekali gus mengelakkan pertarungan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

“Kami juga memutuskan untuk membentuk jawatankuasa terdiri daripada lima orang setiap parti, bagi merundingkan pembahagian kerusi dan ia sudahpun bermula.

“Selain bertanding menggunakan logo sendiri, BN juga bersetuju membentuk Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersama PN dan Parti Bersatu Sabah (PBS),” katanya.

Arahan turut diberikan kepada Setiausaha Agung agar saling berhubungan dan bekerjasama sesama parti komponen serta sahabat.

“Kami akan sentiasa mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Pemandu dan Jawatankuasa Teknikal MN.

“Selagi dasar ini tidak diubah, selagi itu ia akan tetap dilaksanakan. Memutuskan dasar tidak mudah dan melaksanakan dasar mungkin lebih payah lagi,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");