Berita Hari Ini

Kes COVID-19 Melambung Sebab Ahli Politik?

KUALA LUMPUR: Dakwaan bahawa penularan COVID-19 semakin meningkat sejak kebelakangan ini berpunca daripada ahli politik yang pulang dari Sabah adalah tidak tepat.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata perangkaan semasa menunjukkan hanya 132 daripada lebih 13,000 individu yang disaring didapati positif, selepas pulang dari Sabah.

Selepas semakan, beliau berkata, semua individu positif jangkitan wabak itu terdiri daripada pelbagai latar belakang dan tujuan berkunjung ke Sabah memetik BH Online.

“Mereka ini (individu yang positif COVID-19) bercampur-campur, termasuk orang politik yang kita tak nafikan ada didapati positif selepas kembali dari Sabah.

“Bagaimanapun, ada juga dalam kumpulan yang positif ini terdiri daripada pelancong dan ahli perniagaan, masing-masing dengan urusan atau tugas rasmi tersendiri.

“Jadi, bukan orang politik semata yang didapati positif jangkitan COVID-19 selepas kembali dari Sabah,” katanya pada sidang media khas mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), di Putrajaya, hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");