Perak Hari Ini

MB Seru Rakyat Perak Yang Pulang Dari Sabah Jalani Ujian Swab

IPOH- Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu meminta rakyat di negeri ini yang pulang dari Sabah antara 14 September hingga 26 September 2020 untuk menjalankan ujian saringan Covid-19.

Katanya, kerajaan negeri memandang serius peningkatan mendadak kes positif Covid- 19 di seluruh negara, termasuk lima kes positif yang dikesan di negeri Perak melibatkan individu-individu yang pulang dari negeri Sabah.

“Rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan yang pulang dari Sabah di antara 14 September 2020 hingga 26 September 2020 adalah dengan ini diseru untuk segera tampil membuat ujian saringan Covid-19.

“Manakala mereka yang pulang dari Sabah pada 27 September dan selepas tarikh itu turut digesa membuat saringan kali kedua sekiranya mereka mengalami gejala-gejala jangkitan Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya lagi, mereka yang sedang menjalani tempoh kuarantin 14 hari di rumah masing-masing turut diingatkan supaya mematuhi prosedur yang telah ditetapkan, khususnya mengasingkan diri daripada ahli keluarga mereka sehingga ujian swab kedua mengesahkan mereka negatif Covid-19.

“Adalah diingatkan bahawa tempoh dua minggu selepas selesainya Pilihan Raya Negeri Sabah adalah tempoh yang amat kritikal susulan peningkatan kes jangkitan harian Covid-19 di seluruh negara yang telah mencapai tiga angka.

“Dalam pada itu, semua rakyat dinasihatkan supaya terus mengamalkan disiplin norma baharu dengan mengelakkan tempat yang sesak, kawasan yang sempit dan elak sembang dengan jarak yang dekat.

“Kerap cuci tangan dengan air dan sabun, memakai pelitup muka di tempat-tempat awam dan elakkan bersentuhan. Kita jaga kita. In shaa Allah, kita mesti menang dalam peperangan melawan pandemik Covid-19,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");