Berita Hari Ini

Ketua Menteri Sabah Pulih Dari Covid-19

KOTA KINABALU – Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri, Datin Seri Julia Salag disahkan sembuh sepenuhnya dari Covid-19.

Hajiji menerusi kenyataan media memaklumkan beliau bersama isterinya sudah dibenarkan keluar pagi ini.

Hajiji berkata walaupun sebelum ini sudah dirawat di hospital namun beliau sentiasa memantau situasi semasa seluruh negeri khususnya berkaitan peningkatan mendadak kes Covid-19 di Sabah.

“Kerajaan negeri akan terus berusaha sebaik mungkin dalam membendung penularan wabak ini.

“Apa yang penting adalah rakyat mesti berdisiplin, bekerjasama dan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang sudah ditetapkan kerajaan,” katanya.

Dalam pada itu, Hajiji turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak hospital yang sudah merawat beliau sepanjang berada di Hospital Queen Elizabeth (HQE) selain petugas barisan hadapan lainnya.

Terdahulu, Setiausaha Perhubungan Awam Ketua Menteri Sabah, Effendi Mohamed Sunoh memaklumkan Hajiji disahkan positif Covid-19.

Hajiji sebelum itu difahamkan menjalani kuarantin kendiri secara sukarela selepas salah seorang kakitangannya positif wabak berkenaan. – K! ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");