Perak Hari Ini

Lost World Of Tambun Ditutup 14 Hari, Seorang Pengunjung Disyaki Positif COVID-19

IPOH – Taman Tema Lost World Of Tambun menutup operasinya sementara selama 14 hari bermula hari ini susulan seorang pengunjung taman tema tersebut yang disyaki positif COVID-19.

Dalam satu kenyataan memaklumkan, teman tema itu ditutup bagi memberi ruang kerja-kerja pembersihan mendalam melibatkan kawasan sekitar taman tema dan hotel.

“Dengan rasa berat hati, pihak pengurusan Sunway Lost World Of Tambun telah mempelajari secara lisan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai kes yang disyaki Covid-19 di mana melibatkan salah seorang pengunjung kami.

“Kami ingin memastikan bahawa keselamatan dan kesihatan para pengunjung serta kakitangan kami menjadi keutamaan kami, dan kami berusaha untuk memberikan maklumat yang tepat buat semua.

“Berhubung dengan perkembangan ini, kami akan menutup Sunway Lost World Of Tambun dan Sunway Lost World Hotel selama 14 hari, bermula dari 13 Oktober sehingga 26 Oktober.

“Ia bagi kerja-kerja pembersihan yang mendalam di sekitar taman tema dan hotel kami untuk melindungi para pengunjung dan orang ramai,” kata kenyataan itu di sini, hari ini.

Dalam pada itu kenyataan itu turut memaklumkan bahawa KKM telah melakukan pengesanan kontak rapat terhadap semua kontak rapat yang berpotensi dijangkiti.

“Kami berharap orang ramai untuk kekal bertenang. Kami akan terus komited memberi kerjasama dengan pihak berkuasa kerajaan yang berkenaan dan Kementerian Kesihatan untuk mengatasi masalah ini,” kata kenyataan itu lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");