Panasnya Hari Ini

Anwar Serah Kepada Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyerahkan sepenuhnya kepada budi bicara dan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung dakwaannya memiliki majoriti sokongan Ahli Parlimen.

BH Online melaporkan Presiden PKR itu yang menghadap Yang di-Pertuan Agong pagi ini mendakwa baginda akan menelaah terlebih dahulu dokumen yang diserahkannya dalam pertemuannya pagi tadi, sebelum memanggil kesemua ketua-ketua parti politik.

“Alhamdullilah saya mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk masuk menghadap.

“Saya mohon rakyat dan semua ahli politik tanpa mengira parti dan fahaman supaya bersabar.

“Kita serahkan kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong membuat keputusan yang terbaik untuk masa depan negara,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadap baginda hari ini.

Pada 8 Oktober lalu, Anwar memaklumkan mendapat perkenan menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini dan beliau akan mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti Ahli Parlimen yang didakwa menyokongnya seperti dinyatakan ketika sidang medianya pada 23 September lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");