Berita Hari Ini

Macau Scam: Suspek Larikan Diri Panjat Pagar SPRM Ditahan

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang suspek lelaki disyaki terlibat sindiket Macau Scam dan perjudian secara dalam talian yang melarikan diri selepas dibebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata suspek berkenaan ditahan di sebuah hotel peranginan di luar kawasan Lembah Klang.

Beliau berkata operasi mengesan suspek dibuat susulan tindakan dia melarikan diri dari badan pencegah rasuah berkenaan pada 11 Oktober lepas.

“Suspek ditahan oleh pasukan JSJ Bukit Aman bersama dengan seorang wanita berikutan penglibatannya dalam sindiket berkenaan.

“Kedua-dua mereka kini ditahan dan akan direman di Kuala Lumpur,” katanya kepada Bernama hari ini.

Terdahulu pada 13 Oktober lepas, Bernama melaporkan SPRM mengesahkan seorang suspek sindiket ‘cuci duit’ atau pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan perniagaan beberapa selebriti tanah air, melarikan diri ketika hendak ditahan semula di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.

Berikutan itu, pada 16 Oktober lepas, polis mendedahkan butiran suspek yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan tiga kes melibatkan penganjuran judi dalam talian di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Katanya lagi, suspek merupakan koordinator kepada aktiviti Macau Scam di negara China. 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");