Panasnya Hari Ini

MN Bincang Penyertaan BERSATU Malam Ini – Annuar Musa

PUTRAJAYA: Penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) secara rasmi dalam Muafakat Nasional (MN) bakal dibincangkan melalui mesyuarat gabungan itu malam ini.

BH Online melaporkan Setiausaha Agung Bersama Sekretariat MN, Tan Sri Annuar Musa, berkata mesyuarat berkenaan akan disertai Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul HadiAwang.

Bagaimanapun, katanya tiada wakil BERSATU yang akan hadir kerana pihaknya sudah pun menerima jawapan rasmi serta kesediaan parti itu untuk menyertai MN melalui Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.

“Mesyuarat selalunya dijalankan setiap dua minggu, namun sudah beberapa kali terbatal atas beberapa sebab termasuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

“Usul berkaitan kemasukan BERSATU secara rasmi dalam MN sememangnya sudah ada dalam minit mesyuarat sebelum ini dan ia akan dibincangkan malam ini,” katanya selepas menghadiri program Operasi Sanitasi Awam di Presint 4, di sini, hari ini.

Ogos lalu, Muhyiddin mengumumkan parti pimpinannya bersetuju utnuk menyertai MN iaitu kerjasama antara UMNO dan PAS.

Mengulas lanjut, katanya perbincangan mengenai kemasukan BERSATU itu memerlukan draf memorandum persefahaman (MoU) dan piagam yang baharu, serta tidak boleh menggunakan kaedah sama dengan kerjasama antara UMNO dan PAS sebelum ini.

“Kerjasama UMNO dan PAS sebelum ini sudah lama, justeru perlu ada draf MoU baharu, selain piagam dan sebagainya.

“Sekiranya BERSATU masuk, kita akan bincang kerjasama. Yang penting kerjasama demi mengutamakan penyatuan dan perpaduan politik Melayu,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");