Panasnya Hari Ini

‘No DAP’ – Tegas Wanita UMNO

KUALA LUMPUR: Wanita UMNO tegas berpegang dengan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu untuk tidak mengadakan kerjasama dengan DAP.

Memetik BH Online, Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr Noraini Ahmad, berkata ia termasuk tidak akan bekerjasama dengan sesiapa mempunyai hubungan dengan DAP, sebaliknya akan terus memperkukuhkan Muafakat Nasional (MN).

Noraini berkata, beliau yakin kebijaksanaan pucuk pimpinan UMNO untuk membawa hala tuju parti itu demi kepentingan rakyat.

“Wanita UMNO Malaysia sebagai tulang belakang parti akan sentiasa komited dan teguh dengan keputusan parti, iaitu tegas senada bersama keputusan mesyuarat Ahli MKT UMNO yang mempersetujui agar ‘No DAP.’

“Justeru, Wanita UMNO berharap semua ahli parti khususnya ahli pergerakan ini supaya tenang dan tidak membuat sebarang andaian boleh menjejaskan keharmonian dalam parti.

“Marilah kita terus mengukuhkan benteng parti bagi memastikan tiada lubang yang boleh ditembusi pihak lawan yang mahu melihat parti keramat ini tenggelam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, menegaskan UMNO konsisten dengan pendirian tidak membentuk sebarang kerjasama politik dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP seperti yang diputuskan pada mesyuarat MKT sebelum ini.

Katanya, UMNO juga kekal dengan keputusan untuk mengukuhkan Barisan Nasional (BN) dan memantapkan MN yang kini disertai PAS serta Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");