Berita Hari Ini

Peniaga, pekerja sendiri boleh mohon surat kebenaran rentas negeri

Peniaga atau mereka yang tidak mempunyai majikan dinasihatkan memohon surat kebenaran dengan polis untuk merentas negeri yang berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata langkah itu bagi membolehkan mereka dibenarkan merentas negeri di setiap sekatan jalan raya (SJR) dilakukan polis.

“Bagi permudahkan urusan mereka, saya nasihatkan ke balai polis untuk mendapatkan surat kebenaran pelepasan perjalanan.

“Saya faham mereka (khususnya penjaja) tidak mempunyai majikan, maka pergi ke balai polis untuk dapatkan surat kebenaran. Dengan cara itu mereka boleh melepasi SJR,” katanya pada sidang media harian PKPB, hari ini.

Beliau berkata mengulas dakwaan ada penjaja dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 ketika melalui sekatan perjalanan untuk ke tempat berniaga.

Ismail Sabri berkata, prosedur juga boleh digunakan untuk mereka yang tidak mempunyai majikan namun terpaksa melakukan urusan harian seperti menjalankan perniagaan.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");