Berita Hari Ini

Perkukuh bantuan tunai untuk rakyat

Kerajaan dijangka mempertimbang mengukuhkan bantuan tunai kepada rakyat, dalam Belanjawan 2021.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata kerajaan berbincang dengan pihak berkepentingan yang berkaitan, termasuk Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mengenai penambahbaikan kepada program subsidi upah, berikutan pelbagai aspek perlu diambil kira, termasuk perbezaan upah yang sedia ada di Malaysia.

“Misalnya, Sistem Insurans Pekerjaan (EIS) untuk PERKESO dan pada masa sama, Program Subsidi Upah (Subsidi Upah 2.0) daripada kerajaan dan ia berdasarkan pendekatan bersasar berdasarkan sektor tertentu,” katanya pada Sidang Kemuncak Ekonomi Malaysia 2020, hari ini.

Sesi itu dikendalikan oleh Pengerusi Bursa Malaysia Bhd, Tan Sri Abdul Wahid Omar.

Tengku Zafrul menjawab soalan sama ada kerajaan akan mempertimbang langkah untuk mengukuhkan program respons krisis langsung yang sedia ada, terutamanya Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) upah, dan skim pembayaran kepada penstabil automatik yang sama dengan negara lain.

Langkah pengukuhan itu dijangka mengurangkan masa antara kehilangan pendapatan dan keyakinan dalam kalangan rakyat.

Pada masa sama, pengukuhan akan menyelaraskan pentadbiran dalam pelbagai jaringan keselamatan sosial.

Kerajaan melanjutkan Subsidi Upah 2.0 selama tiga bulan lagi hingga Disember 2020 untuk memberikan sokongan yang amat diperlukan bagi industri mengekalkan perniagaan mereka dan melindungi pekerjaan, selain membantu perniagaan menghadapi cabaran pemulihan pada separuh kedua tahun 2020, terutamanya dari segi jualan eksport dan domestik yang diunjurkan rendah.

Di bawah Kerangka Inisiatif Tambahan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Kita Prihatin), kerajaan melanjutkan Program Subsidi Upah 2.0 dengan peruntukan tambahan sebanyak RM2.4 bilion yang dijangka memberi manfaat kepada 1.3 juta pekerja. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");