Berita Hari Ini

Seorang Kakitangan Kementerian Sumber Manusia Positif COVID-19

PUTRAJAYA – Kementerian Sumber Manusia (KSM) hari ini memaklumkan seorang kakitangannya disahkan positif COVID-19 pada Ahad lepas dan sedang menjalani rawatan di Hospital Sungai Buloh, Selangor.

Bernama melaporkan sehubungan itu, kementerian mengambil langkah-langkah pencegahan segera penularan jangkitan COVID-19 dengan mengemukakan senarai kontak rapat kakitangan berkenaan kepada Kementerian Kesihatan (KKM), serta melakukan proses disinfeksi ke atas ruang pejabat dan kawasan persekitaran kementerian.

“Kontak rapat dalam kalangan kakitangan KSM telah pun menjalani saringan kesihatan dan menjalani proses kuarantin di rumah,” demikian menurut KSM dalam kenyataan hari ini.

KSM turut memaklumkan semua program dan aktiviti kementerian itu ditangguhkan serta-merta hingga 16 Oktober ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");