Perak Hari Ini

Timbalan Ketua UMNO Gerik Dilantik Setiausaha Politik Baharu MB Perak

IPOH- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Hulu, Datuk Aznel Ibrahim dilantik sebagai Setiausaha Politik baru kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkuatkuasa serta merta.

Perlantikan beliau yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gerik dibuat bagi menggantikan Setiausaha Politik terdahulu iaitu Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid.

Kata Ahmad Faizal, Iskandar Dzulkarnain kini diberikan amanah baharu bagi menguruskan hal ehwal berkaitan tanggungjawab saya selaku Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan lain-lain urusan di peringkat Persekutuan.

“Saya dengan berbesar hati mengumumkan pelantikan ADUN Pengkalan Hulu, Datuk Aznel Ibrahim sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Perak Darul Ridzuan berkuatkuasa serta merta.

“Pelantikan Datuk Aznel sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar Perak yang baharu juga adalah manifestasi komitmen saya kepada kerjasama dengan UMNO dalam kerajaan Perikatan Nasional bagi memastikan tadbir urus dapat dijalankan dengan lebih berkesan dan utuh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau yakin bahawa pelantikan Aznel akan mengukuhkan lagi hubungan baik dan kerjasama yang sedia terjalin di antara kepimpinan BERSATU, UMNO dan rakan-rakan dalam Perikatan Nasional.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");