Perak Hari Ini

Wanita Tinggal Bersama Timbunan Sampah Berdepan Tindakan Mahkamah

IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan mengambil tindakan perundangan terhadap seorang wanita warga emas yang tinggal dalam timbunan sampah-sarap di kediamannya di Taman Bersatu dekat Simpang Pulai, di sini.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, hasil perbincangan dengan Penasihat Undang-undang MBI tindakan mahkamah akan difailkan pada 9 Oktober ini terhadap bekas guru itu.

Walau bagaimanapun katanya operasi pembersihan sampah-sarap di luar kawasan kediammanya itu akan tetap diteruskan dan dijalankan pada Jumaat.

“Aduan terakhir pada tarikh 28 April dan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Perkhidmatan Bandar, Landskap & Aduan Awam MBI pada bulan Ogos lalu telah diputuskan untuk diambil tindakan mahkamah.

“Ekoran daripada itu, pada 4 Ogos fail tersebut telah dirujuk bagi memberi ruang untuk tindakan mahkamah diambil,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Operasi Sanitasi Awam Premis Makanan Mengikut SOP MKN di sekitar Pusat Perniagaan Greentown, di sini, hari ini.

Jelasnya lagi, MBI telah menerima 10 aduan melalui kaedah surat-menyurat dan aplikasi WhatsAap berkenaan wanita tersebut daripada penduduk setempat sejak 2017 .

{“uid”:”BA89BC46-CB43-4BF2-90BE-3A2C229B430C_1602033147523″,”source”:”other”,”origin”:”gallery”}

“Sebanyak tiga kali pembersihan dijalankan yang mana dua pembersihan daripadanya adalah dari pihak Majlis manakala pembersihan yang terakhir adalah dari pihak Orang Kena Notis (OKN) sendiri,” katanya.

Tambah Rumaizi selain Notis Mengkehendaki Kacauganggu Dihapuskan (Seksyen 82), sebanyak enam kompaun berjumlah RM250 telah dikeluarkan terhadap wanita tersebut.

“Dalam kediamannya itu kita tidak boleh ambil apa-apa tindakan dan ia harus menunggu keputusan mahkamah.

“Cumanya dijelaskan lagi bahawa sampah yang berada di luar kediamannya itu akan diteruskan kerja-kerja pembersihan seiring dengan tindakan mahkamah. Ini masalah individu itu,” katanya lagi

Media tempatan semalam melaporkan penduduk di Taman Bersatu dekat Simpang Pulai mengeluh dengan sikap bekas guru yang tinggal bersama-sama timbunan plastik, kotak-kotak, tin kosong dan sisa makanan yang sehingga melimpah ke bahu jalan.

Wanita berusia 63 itu yang dipercayai mempunyai masalah mental itu dilaporkan berkata barang yang dikutip dan dikumpul seperti kotak dan botol plastik minuman akan dijual di kedai kitar semula.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");