Perak Hari Ini

500 penduduk dibenar pulang akibat banjir di Perak

IPOH – Banjir kilat yang melanda empat daerah di Perak kini bertambah baik apabila jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) berkurang kepada 199 orang daripada 736 pada pukul 6 pagi tadi.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak berkata, setakat pukul 1 tengah hari tadi, empat PPS telah ditutup dengan tiga daripadanya di daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) Dewan Semai Bakti, Felda Ijok, iaitu Masjid Toh Paduka, Ijok dan dewan orang ramai Kampung Sungai Ara, Batu Kurau.

Katanya, sebuah lagi PPS yang ditutup ialah di daerah Hilir Perak iaitu Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan selepas kesemua 15 penduduk mangsa banjir dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

‘Kesemua 522 mangsa banjir yang ditempatkan di ketiga-tiga PPS itu telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas banjir pulih dan keadaan selamat.

“Kini hanya terdapat dua PPS masih beroperasi iaitu Sekolah Kebangsaan Parit Haji Aman di Bagan Serai dalam daerah Kerian yang menempatkan 152 orang daripada tujuh kampung antaranya Kampung Tebuk Panchur, Kampung Alor Setanggok, Kampung Tanjung Bugis dan Kampung Parit Abu Hassan Ban,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini

Pada masa sama, sebuah lagi PPS yang masih dibuka ialah di Sekolah Rendah Agama Rakyat Ngah Ibrahim, Matang dalam daerah LMS yang menempatkan seramai 46 mangsa banjir.

“Cuaca di Bagan Serai ketika ini hujan manakala di sekitar Taiping baik,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");