Membawang Hari Ini

A Ali Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pemain gitar kumpulan Kembara, A Ali, 71, atau nama sebenarnya Hamdan Atan disahkan meninggal dunia dalam tidur di kediamannya di Semenyih. 

Harian Metro melaporkan Anak ketiganya, Nur Huda Hamdan, 34, ketika dihubungi berkata, ibunya, Latifah Khamis menyedari bapanya meninggal dunia selepas jasad kaku sekitar pukul 8 pagi, hari ini. 

“Pagi tadi, dalam pukul 5 pagi, ayah masih okay dan mak kejutkannya dan memintanya untuk buatkan air kerana mak saya pun tak sihat. 

“Selepas itu, ayah termenung seketika di tepi tingkap. Lepas Subuh, dia baring sekejap dan pagi tadi, lebih kurang pukul 8 pagi, mak saya kejutkannya dan dia sudah tidak ada,” katanya kepada Harian Metro. 

Huda berkata, pemergian ayahnya adalah satu kehilangan besar buat keluarga kerana dia tidak pernah menghidap penyakit kronik. 

“Sekarang jenazah masih lagi berada di Hospital Kajang dan kami masih menantikan laporan penuh daripada pihak hospital,” katanya. 

Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke kediamannya di Semenyih. 

Allahyarham A Ali meninggalkan seorang balu, sembilan anak serta 10 cucu. 

A Ali pernah menganggotai kumpulan Kembara bersama Datuk M Nasir dan S Sahlan pada awal tahun 1980-an dan banyak menghasilkan lagu untuk kumpulan itu serta beberapa penyanyi hebat tanah air. 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");