Berita Hari Ini

Banjir Di Seremban: 87 Mangsa Dipindahkan Ke PPS

SEREMBAN – Sebelas lokasi sekitar sini dinaiki air susulan hujan lebat selama beberapa jam sejak tengah malam tadi, yang mengakibatkan kira-kira 450 orang menjadi mangsa banjir.

Bernama melaporkan mereka terdiri daripada penduduk Kampung Datuk Mansor, Taman Happy dan Taman Mok Sum, Kampung Bukit Chedang, Kampung Baru Block C Ampangan, Kampung Batu 3, Taman Angsa Mas, Kampung Siliau, Kampung Kuala Sawah, Kampung Sega Hilir, Kampung Pasir dan Kampung Lingsum.

Pegawai Operasi Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Seremban Lt. (PA) Mohd Najib Abdul Karim ketika dihubungi memaklumkan setakat ini hanya sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Sekolah Kebangsaan Sega Hilir, bagi menempatkan 87 mangsa daripada 18 keluarga, dari kawasan Kampung Sega Hilir dan Kampung Pasir.

“Di sekitar bandar raya Seremban, tiada PPS dibuka setakat ini memandangkan penduduk terlibat enggan berpindah dan ada yang berpindah sementara di rumah keluarga terdekat,” katanya.

Tinjauan sehingga pukul 12 tengah hari mendapati beberapa kawasan yang sebelum ini dinaiki air, telah pun mulai surut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");