Membawang Hari Ini

Roh Wakil Malaysia Ke Oscars – FINAS

KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mengumumkan filem Roh dipilih mewakili negara bagi penyertaan filem ke Academy Awards ke-93 atau Oscars pada April tahun depan.

Harian Metro melaporkan Filem terbitan Kuman Pictures Sdn Bhd itu dicalonkan untuk kategori International Feature Film Award.

Finas dalam satu kenyataan berkata, selepas menerima penyertaan yang menggalakkan daripada syarikat produksi, Finas melalui Jawatankuasa Pemilihan Filem sebulat suara memilih filem Roh untuk ke anugerah berprestij itu.

“Sejak tahun 2004, Finas mencalonkan satu karya filem tempatan untuk bertanding di Oscars dalam kategori berkenaan kerana setiap negara diminta untuk menghantar satu pencalonan filem tempatan yang terbaik untuk bertanding dalam kategori itu.

“Finas melalui Jawatankuasa Pemilihan Filem membuka penyertaan serta menghebahkan kepada penggiat industri filem tempatan bagi menghantar penyertaan dan menerima penyertaan yang amat memberangsangkan daripada mereka,” katanya.

Menurutnya, pemilihan Roh dibuat oleh Jawatankuasa Pemilihan Filem Finas yang terdiri daripada penggiat industri filem tempatan yang profesional dan berpengalaman.

“Pemilihan terbabit melalui proses penilaian terperinci berdasarkan kriteria perfileman seperti pengarahan, penceritaan, sinematografi, lakon layar, lakonan, adunan muzik, skor muzik, penataan seni dan suntingan filem serta pematuhan kepada peraturan pertandingan yang ditetapkan oleh penganjur Oscars.

“Finas sentiasa komited dalam menyokong segala usaha ke arah memacu industri perfileman Malaysia ke peringkat antarabangsa,” katanya. 

Filem Roh arahan sulung Emir Ezwan hanya menampilkan enam pelakon iaitu Farah Ahmad, Mhia Farhana, Harith Haziq, Nam Ron, Junainah M Lojong dan Putri Syahadah Nurqaseh.

Roh sepatutnya ditayangkan pada 19 Mac lalu, tetapi ditunda berikutan pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Tayangan semula sejak 6 Ogos lalu menyaksikan Roh adalah filem tempatan pertama yang ditayangkan selepas PKP berakhir.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");