Perak Hari Ini

‘Bekas Cikgu’ Sudah Tidak Kumpul Sampah Di Rumah – Exco Perak

IPOH – Pesara guru yang mengumpulkan sampah di sebuah rumah di Taman Bersatu, Simpang Pulai tidak lagi berbuat demikian.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat Perak, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin berkata, sebaliknya wanita tersebut akan menghantarkan kesemua sampah yang dikumpulnya itu ke dua pusat kitar semula yang berhampiran.

“Dia masih meneruskan aktiviti pengumpulan sampahnya itu namun tidak berbuat demikian di rumahnya sebaliknya menghantar terus sampah-sampah berkenaan ke pusat kitar semula di situ,” katanya ketika ditemui pemberita di Klinik Nur Sejahtera di sini, hari ini.

Jelasnya pemilik kepada dua buah pusat kitar semula di Simpang Pulai itu turut memberinya ruang untuk mengumpulkan kesemua sampah yang dikutipnya.

Sementara itu Wan Norashikin berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan memberi bimbingan kaunseling kepada wanita itu bergantung kepada keperluan.

Malah katanya lagi Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) turut melakukan pemantauan di rumahnya bagi memastikan wanita itu tidak mengulangi aktiviti pengumpulan sampah seperti sebelum ini.

Sebelum ini kisah Chung Sook Khuan, 63, yang ‘gemar’ mengumpulkan sampah sehingga melimpah ke atas jalan kawasan kejiranan di Taman Bersatu itu mendapat perhatian ramai pihak.

Pada Oktober lalu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Ahmad Saidi Mohamad dilaporkan berkata wanita itu didapati tidak mempunyai masalah mental.

Katanya Ujian Saringan Stres, Kebimbangan dan Kemurungan (DASS) yang dijalankan Jabatan Kesihatan Daerah Kinta mengesahkan Sook Khuan normal.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");