Berita Hari Ini

243 Ingkar Arahan PKP, 26 Direman

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 243 individu kerana gagal mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata daripada jumlah itu seramai 217 individu dikompaun, manakala 26 lagi direman.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuklah tidak memakai penutup muka membabitkan seramai 79 orang, gagal patuh penjarakan fizikal (48), gagal menyedia rekod butiran pelanggan (40), rentas negeri (20) dan lain-lain kesalahan (50),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ismail Sabri berkata, pihak ‘task force’ operasi pematuhan juga membuat 60,038 pemeriksaan dan sebanyak 3,573 pasar raya, 4,965 restoran serta 1,656 penjaja dan 12,56 kilang dipantau semalam.

Dalam Ops Benteng pula, Ismail Sabri berkata, pihak berkuasa menahan seramai 32 pendatang tanpa izin (PATI), dua tekong dan merampas 10 kenderaan berat dalam 280 sekatan jalan raya (SJR) yang dilakukan.

“Tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara haram dan agensi penguat kuasa akan terus mengetatkan kawalan sempadan terutama di lorong tikus,” katanya.

Dalam Ops Sanitasi Awam, Ismail Sabri berkata, sebanyak 35 operasi di 11 zon merah, lima zon jingga, tujuh zon kuning dan dua zon hijau di lapan buah negeri dan Labuan, dilakukan.

Katanya, sebanyak 654 pemantauan harian ke atas 12 jenis bekalan barangan dilakukan penguat kuasa Kementeria Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), semalam.

“Ia termasuklah di 458 peruncit, 163 pemborong dan 33 pengilang.

“Setakat ini semua barangan keperluan mencukupi dan mampu memenuhi keperluan dalam negara,” katanya yang berkata, hanya satu daripada 753 premis yang diperiksa tidak mematuhi prosedur operasi standard.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");