Panasnya Hari Ini

Belanjawan 2021: PH Mahu Beri Tumpuan Perbahasan Peringkat Jawatankuasa

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) mengambil keputusan tidak memilih untuk undi belah bahagian bagi meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 kerana ingin memberi tumpuan kepada perbahasan RUU peringkat jawatankuasa.

Memetik BH Online, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, PH sama sekali tidak akan memberi laluan mudah untuk meluluskan RUU berkenaan.

Katanya, pihaknya akan menentukan RUU itu diluluskan atau sebaliknya menerusi bacaan kali ketiga selepas sesi penggulungan oleh setiap kementerian bermula Isnin ini.

“Saya minta mereka (pembangkang) setuju atas dasar pertama (Tengku Datuk Seri) Zafrul (Abdul Aziz), tapi beliau tidak menjawab isu pokok. Tapi dia memberi respon positif berhubung isu kebajikan rakyat.

“Jangan ingat mereka (kerajaan) boleh merayakan kelulusan ini. Kita menolak belanjawan ini dari segi prinsipnya, unjuran salah dan hasil pendapatan yang tidak realistik,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");