Perak Hari Ini

Exco Perak Gesa Rakyat Boikot Produk Perancis

IPOH – Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Penerangan Perak, Mohd Akmal Kamarudin menggesa agar rakyat di negeri ini memboikot memboikot segala produk buatan Perancis dengan memilih produk tempatan.

Katanya tindakan itu sebagai memberi pengajaran terhadap kenyataan Presiden Perancis, Emmanuel Macron menyokong tindakan seorang guru yang menghina Nabi Muhammad SAW.

“Kita menggesa agar masyarakat pada masa ini mengutamakan produk tempatan dengan memboikot segala barangan daripda Perancis.

“Dengan cara ini ia mampu melumpuhkan ekonomi mereka dan akhirnya akan menyedarkan bahawa tindakan mereka itu salah,” katanya.

Media melaporkan Macron telah menyifatkan Islam sebagai punca terhadap semua krisis yang berlaku di dunia ketika ini.

Macron membuat kenyataan itu susulan insiden pembunuhan seorang guru lelaki yang menunjukkan karikatur Nabi Muhammad SAW dari sebuah majalah kontroversi, Charlie Hebdo di Paris baru-baru ini.

Jelas Mohd Akmal tindakan memboikot itu bukan sebagai menyokong tindakan ganas itu, sebaliknya ia dibuat sebagai memberi mesej kepada Perancis terhadap penghinaan Islam yang dilakukan Presiden negara itu.

“Selepas mereka sedar akan perbuatan mereka itu salah, kita akan membaiki semula hubungan kita dengan negara Perancis,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Ijtimak Perkaderan Dakwah Negeri Perak di Pusat Konvensyen Casuarina Meru, dekat sini, hari ini.

Hadir sama Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd Yusop Husin serta 110 pendakwah di lapangan.

Dalam perkembangan lainberasingan, Mohd Akmal berkata, Perak bercadang untuk menaikkan kadar elaun guru agama dakwah dari RM400 kepada RM900 sebulan.

Menurutnya, kenaikan itu adalah selari dengan bebanan tugas mereka yang semakin mencabar apatah lagi tiada sebarang kenaikan elaun berlaku sejak lebih 10 tahun lalu.

“Saya kira sudah berbelas tahun dah elaun ini masih pada kadar lama RM400, dengan kerja mereka yang cukup banyak, jadi sesuailah dinaikkan kepada RM900.

“Cuma kita akan sembah maklum terlebih dahulu kepada Ke Bawah Duli Sultan Perak untuk mendapat perkenan,” katanya.

Tambahnya, sekiranya ia diperkenan, kadar kenaikan elaun baharu itu akan dilaksanakan pada 1 Januari depan dan akan memberi manfaat kepada hampir 100 guru agama dakwah seluruh negeri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");