Berita Hari Ini

Ismail: Polis kesan majikan bantu pekerja larikan diri dari PKPD

Seramai 400 pekerja di zon perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di Medan 88, Bandar Baru Salak Tinggi dibawa dengan bas oleh majikan mereka untuk melarikan diri.

Menteri Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob hari ini berkata, polis telah diarahkan untuk mengambil tindakan terhadap pekerja berkenaan dan majikan yang membantu mereka.

“Dimaklumkan bahawa majikan yang bersubahat dengan pekerja ini memberi bas dan sebagainya untuk dibawa keluar

“Jadi lebih mudah kepada PDRM kerana kita pun kesan melalui majikan.

“Kita dah putuskan tindakan bukan sahaja boleh diambil atas pekerja-pekerja yang lari tetapi majikan yang bersubahat pun kita mesti ambil tindakan

“Kerana mereka menyusahkan dari segi penguatkuasaan malah boleh membahayakan nyawa orang lain, ”kata Ismail.

PKPD dilaksanakan di kawasan itu selama 14 hari bermula hari ini setelah berlaku peningkatan kes Covid-19.

Terdahulu Bernama melaporkan lebih 400 penduduk di kawasan itu tidak dapat dikesan pada hari pertama PKPD dilaksanakan.-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");