Perak Hari Ini

MB Inc Serah Bantuan Kepada Petugas Media Terjejas Akibat COVID-19

IPOH: Pandemik COVID-19 yang melanda negara dan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang wabak tersebut nyata memberi kesan kepada semua pihak.

Ia termasuk para petugas media di negeri ini khususnya yang bekerja secara sambilan mahupun kontrak.

Prihatin dengan situasi tersebut, Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc.) tampil memberikan bantuan berupa kotak makanan kepada 40 petugas media yang memerlukan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Mb Inc., Anuar Zainal Abidin, bantuan kotak makanan terbabit adalah tanda kepekaan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu terhadap pengamal media yang turut terkesan namun mungkin terlepas pandang untuk turut layak mendapat bantuan.

“Jadi di sini merupakan salah satu inisiatif kita, kita mulakan dengan rakan-rakan media. Selain membantu rakyat di Perak yang terjejas ekoran COVID-19, rakan media juga wajar dibantu.

“Selain staf-staf serta ahli keluarga, kita merasakan golongan media juga seperti ahli keluarga MB Inc. Mereka juga terjejas jadi hari ini kita tampil untuk membantu mereka,” katanya selepas menyampaikan sumbangan tersebut, di sini, hari ini.

Program sumbangan itu adalah inisiatif bersama antara MB Inc. dengan Kelab Sukan Dan Kebajikan Media Perak (KSKMP).

Selain itu Anuar berkata, bantuan kepada petugas media Perak tersebut adalah sumbangan pertama bagi fasa kedua penyerahan kotak makanan itu.

Katanya, bagi fasa pertama pada Mac sehingga Jun lalu, sebanyak 14,000 kotak makanan telah disumbangkan kepada mereka yang terjejas.

Katanya lagi, selain kotak makanan, MB Inc turut menyampaikan bantuan wang tunai serta barangan elektrik kepada golongan terjejas termasuk petugas barisan hadapan.

Ujar Anuar, sumbangan terbabit adalah inisiatif menyahut saranan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu untuk berkongsi pulangan keuntungan syarikat dengan masyarakat.

Sementara itu, Presiden KSKMP, Rosli Mansor Ahmad Razali ketika ditemui menyifatkan sumbangan tersebut sebagai makna yang besar terutama kepada rakan media yang terjejas pendapatan.

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada, MB Inc kerana telah menjalinkan kerjasama dengan KSKMP dalam membantu rakan-rakan pengamal media terutama kepada pekerja media sebagai pekerja sambilan dan yang secara kontrak.

“Pendapatan mereka amat terhad dan kekangan yang ekonomi yang mereka hadapi sekarang ini dapat diringankan sedikit susulan sumbangan oleh MB Inc,” katanya.

Menurut Rosli Mansor, walaupun berdepan dengan kesukaran, petugas media yang bertugas di lapangan sepanjang PKP masih menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.

Ujar beliau, petugas media juga sebahagian daripada petugas barisan hadapan tetapi malangnya kerap kali nasib mereka terlepas pandang.

Justeru katanya, KSKMP bertindak sebagai penyelaras kepada bantuan yang disalurkan pelbagai pihak kepada pengamal media yang bertugas.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");