Perak Hari Ini

Tanah Runtuh Di Tambun: Blok Batuan Tergantung Berisiko Runtuh Pada Bila-bila Masa

IPOH – Cerun yang mengalami runtuhan di The Banjaran Hotspring Retreat, di Tambun, di sini masih belum stabil dan runtuhan kecil masih berlaku.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli yang juga Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata malah beberapa blok batuan yang tergantung atau ‘hanging blocks’ bersaiz antara 5 ke 10 meter di lokasi kejadian berisiko untuk runtuh pada bila-bila masa.

“Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) menasihtai semua pihak untuk mengambil langkah berjaga-jaga.

“KeTSA melalui Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) akan terus  membantu pihak berkuasa tempatan dalam memantau kestabilan cerun di kawasan tersebut.

“Selain itu turut bersedia memberi khidmat nasihat keselamatan dan perancangan pembangunan di lereng-lereng bukit selaras dengan Garis Panduan Penentuan Zon Bahaya di Sekitar Bukit Batu Kapur,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam dilaporkan kejadian tanah runtuh di The Banjaran Hotspring Retreat, telah meragut dua nyawa yang kedua-duanya berasal dari Kuala Lumpur.

Mayat mangsa dikenali sebagai Ooi Chee Wei, 39, dan Lee Tze Juin, 32. ditemui meninggal dunia di bilik jakuzi pusat peranginan tersebut.

Dalam pada itu, Shamsul Anuar berkata berdasarkan siasatan awal JMG, anggaran keluasan runtuhan adalah 5,000 meter persegi yang melibatkan dari ketinggian 50 ke 100  meter.

“Terdapat aliran air yang keluar dari beberapa retakan yang terdapat pada sepanjang muka cerun yang menghadap ke deretan vila The Banjaran Hotspring Retreat,” katanya.

Tambahnya lagi, hasil siasatan mendapati kedudukan vila dengan kaki bukit batu kapur dianggarkan terletak 15 ke 20 meter.

“Ketinggian keseluruhan bukit batu kapur tersebut dianggarkan sekitar 200 meter,” jelas beliau.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");